CARI HOMESTAY JOHOR BAHRU, JB ATAS URUSAN KERJA, KENDURI KAHWIN, SEMINAR, EVENT ATAU NAK BERCUTI DI JB ? WHATSAPP +6018-775 1456

Bagi anda yang ingin menikmati percutian di Johor Bahru & Singapura beramai-ramai, penginapan Adam Homestay Johor Bahru adalah sebuah pilihan yang terbaik untuk keselesaan anda sepanjang percutian, tidak perlu lagi berebut katil dan juga ruang homestay yang luas untuk beraktiviti.

Adam Homestay Johor Bahru, JB Menawarkan beberapa buah rumah jenis teres 1 tingkat, teres 2 tingkat, service apartment yang dilengkapi kolam renang untuk dipilih sebagai penginapan.

Homestay turut dilengkapi dengan fasiliti moden seperti penghawa dingin di semua bilik tidur, peti ais, mesin basuh automatik, seterika, dapur memasak, rice cooker, pemanas air dan lain-lain untuk memberikan anda sekeluarga keselesaan yang optimum.

Adam Homestay Johor Bahru menyediakan beberapa buah unit homestay yg terletak di Bandar Baru Uda, Tampoi, Larkin, Skudai, Perling, Damansara Aliff.

GALERI ADAM HOMESTAY JOHOR BAHRU

KELENGKAPAN ADAM HOMESTAY JOHOR BAHRU

  • Aircond di Semua Bilik Tidur
  • Pemanas air
  • TV LCD
  • Bilik Tidur Queen Bed, Kipas , Aircond
  • Dapur Gas Boleh Memasak
  • Rice Cooker
  • Peti Sejuk
  • Mesin Basuh Automatik
  • Iron, Iron Board
  • Shower, Ubat Gigi, Shampoo

ANTARA TESTIMONI TETAMU YANG PERNAH MENGINAP DI ADAM HOMESTAY JOHOR BAHRU

homestay johor bahru
homestay johor bahru
homestay johor bahru
homestay johor bahru
homestay johor bahru
homestay johor bahru

UNTUK PERTANYAAN & CARA TEMPAHAN ADAM HOMESTAY JOHOR BAHRU

Tempah Sekarang Sebelum Penuh!

arrow

WHATSAPP KOD "HOMESTAY JOHOR BAHRU" KE >> +6018-775 1456

WHATSAPP KOD "HOMESTAY JOHOR BAHRU" KE >> +6018-775 1456

WHATSAPP KOD "HOMESTAY JOHOR BAHRU" KE >> +6018-775 1456

10 TEMPAT MENARIK BERDEKATAN ADAM HOMESTAY JOHOR BAHRU

1.JB CITY SQUARE

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke JB CITY SQUARE mengambil masa hanya 10 minit. JB City Square adalah salah sebuah pusat membeli belah 7 tingkat yang terkenal di JB.

Pusat beli belah yang terletak di tengah bandaraya Johor ini mengandungi lebih 300 peruncit yang terdiri daripada barangan fesyen, gerai makanan, dan pusat hiburan.

JB City Square ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk Johor Bahru untuk keluar pada hujung minggu, malahan penduduk Singapura juga selalu datang ke sini untuk membeli belah.

Lokasi : Lot J3-12A, Level 3 Square Shopping Mall 108, 106, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor

 

kredit : victor lee

2.PASAR KARAT JB

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke PASAR KARAT JB mengambil masa hanya 10 minit.

Bazar Johor Bahru (Bazar JB) atau sinonim dengan nama Pasar Karat yang terletak di Legaran Segget di sini.

Sejak dibuka pada 2009, Pasar Karat tidak pernah sepi.

malah terus menjadi nadi yang menghidupkan suasana malam di tengah pusat bandar raya ini.

Cari apa sahaja yang anda mahu daripada koleksi barangan vintaj, barangan terpakai atau ‘bundle’ sehinggalah pakaian baharu dan makanan, semuanya ada dijual di sini.

Jangan terkejut sekiranya anda menemui barangan yang sudah tidak dijual, namun boleh diperoleh dengan mudah di sini seperti piring hitam dan tele­fon bimbit jenama Nokia 3310.

Sambil berjalan-jalan dan membeli-belah, halwa telinga pengunjung turut dihiburkan dengan nyanyian daripada kumpulan penyanyi jalanan.

Meskipun bandar raya ini akan berubah menjadi sebuah metropolis suatu hari nanti, namun dia berharap Pasar Karat akan terus kekal bertapak di sini kerana telah menjadi salah satu identiti bagi bandar raya ini.

Lokasi :  26, 20, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

 

kredit : percutianbajet.com

3.DATARAN BANDARAYA JB

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke DATARAN BANDARAYA JB juga mengambil masa hanya 10 minit.

Dataran Bandaraya ataupun Dataran Bandaraya Johor Bahru (atau City Square) adalah sebuah dataran yang terletak di bandaraya Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Dataran ini juga dikelilingi dengan Hotel Thistle di bahagian belakang dataran, Jalan Lingkaran Dalam di bahagian kanan dataran, Jalan Thmpson di bahagian kiri dataran dan Jalan Skudai di bahagian hadapan dataran. Ia juga terletak berhadapan dan menghadap Selat Tebrau.

Di atas bumi, terdapat sebuah menara jam yang menerima pancaran matahari. Dataran ini juga lama terkenal untuk mengadakan kegiatan luar.

Ia telah dirasmikan pada 31 Disember 1993 sempena Majlis Perasmian Johor Bahru sebagai bandar raya pada hari esok, hari pertama tahun 1994.

Selain menjadi lokasi beriadah, Dataran Bandaraya juga turut popular sebagai tapak peniaga makanan mencari rezeki pada waktu malam.

Selain itu, gabungan pembinaan menara jam, air pancut, hamparan dan padang hijau yang luas menjadikan Dataran Bandaraya lokasi strategik untuk pelbagai aktiviti seperti persembahan hiburan, sukan dan permainan serta ekspo.

Konsep dan reka bentuk dataran itu dihasilkan oleh arkitek tempatan yang menggabungkan seni bina Islam serta warisan bangunan bersejarah yang terdapat di bandar raya ini iaitu Bangunan Sultan Ibrahim dan Majlis Abu Bakar.

kredit : jomjalan.com

4.KILANG BATERI

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke KILANG BATERI mengambil masa hanya 5 minit.

Kalau sudah berada di JB, jangan lupa untuk singgah ke Kilang Bateri. Bazaar ala hipster yang asalnya merupakan kilang bateri ini sering menjadi sebutan warga Johor kerana suasananya yang santai dan bersahaja. Pelbagai jenis makanan yang popular di Instagram ada di sini seperti makanan berkonsepkan western oleh LabbyBros dan kacang pool oleh Cupchai.

Pengunjung juga boleh membeli-belah di butik terkemuka di instagram antaranya jenama dari Costuro, SuperSunday dan JohoBaru. Bagi si ulat buku, di sini terdapat kedai buku istimewa iaitu Projek Buku.

Kedai gunting rambut 1855 berkonsepkan moden juga ada di sini bagi lelaki yang inginkan gaya rambut yang paling terkini dantrending. 

Projek usahasama pelbagai jenama dan keluaran tempatan ini begitu membanggakan dan mendapat perhatian hingga pernah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

LOKASI : No, 83, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru

kredit : orangjohor.com

5.UDA BUSINESS CENTER

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke UDA BUSINESS CENTER mengambil masa hanya 5 minit.

Jika anda seorang yang suka membeli-belah (shopping) pasti kawasan Uda Business Centre yang terletak di Bandar Baru Uda Johor Bahru menjadi lokasi pilihan utama untuk dikunjungi bila berada di Johor Bahru.

Ini kerana, di kawasan ini terdapat banyak butik-butik pakaian, tudung dan gedung tekstil. Sudah semestinya ianya memikat hati kaum hawa untuk berkunjung ke sini.

Antara butik yang ada di sini seperti Aidijuma, D'Haja, Fareeda, Zawara, Radiusite, The Gerobok, Cala Qisya, Bella Amara, Sugar Scarf, Katijah Zohra, Telekung Siti Khatijah, Noi Fashion, Aishanim Dress Lab, Imaan Boutique, Chenta Watie Scarf, Gorgeous House Boutique, RinaSalleh Clothing, Syazara, Dreamyza, Girls Glamourus, Tudungku, Al-Ikhsan dan banyak lagi...

Selain itu di kawasan ini juga terdapat gedung kain yang terkemuka iaitu Jakel ( yang menempatkan jualan tekstil, baju siap, karpet dan tudung jenama Ariani dalam satu bumbung).

Kawasan membeli belah ini adalah sangat berdekatan dengan homestay kami. Jadi anda tidak akan bosan kerana di kawasan banda baru uda ini sangat meriah dengan kawasan membeli belah selain itu kedai-kedai makan juga banyak terdapat di sini.

 

LOKASI : 14-01,, Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

kredit : 1.bp.blogspot.com

6.DANGA BAY

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke DATARAN BANDARAYA JB mengambil masa hanya 5 minit.

Kawasan Danga Bay ini adalah kawasan bersantai popular di tepi laut yang wajib anda lawat bila ke Johor.

Danga Bay ada pelbagai aktiviti dan tarikan yang berkonsep glamor dan mewah di samping kawasan membeli-belah dan restorannya. Ia juga adalah pusat rekreasi terbesar di Johor Bahru dengan tempat dan aktiviti yang sesuai untuk semua golongan.

Di sini ada Danga Park, sebuah taman tema khas untuk kanak dan pusat membeli belah yang dinamakan Danga City Mall.

Kebanyakan makanan di sini adalah makanan laut seperti kerang, ikan bakar, sotong goreng tepung dan sebagainya. Namun anda juga boleh mengunjungi kafe untuk masakan biasa seperti nasi goreng, bihun goreng dan sebagainya di Danga Beach Club.

Kalau ingin menjamu selera dengan makanan laut, sediakan sekurang-kurangnya : RM 40 (~$10.34) untuk seorang.

Aktiviti menarik

– Kapal cruise, rondaan selama 1 jam : RM 20 (~$5.17) (Jumaat, Sabtu & Ahad saja, 8pm)
– Bot kecil : RM 10 (~$2.59) (Setiap hari, waktu siang saja)
– Basikal berkumpulan (2-6 tempat duduk) : RM 39 (~$10.09) (Rondaan selama 45 minit)

 

 

kredit : jomjalan.com

7.LEGOLAND MALAYSIA

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke LEGOLAND MALAYSIA mengambil masa hanya 15 minit sahaja.

Rasa tak lengkap percutian seisi keluarga ke Johor Bahru tanpa berkunjung ke taman tema ikonik Legoland.

Anda pasti terpesona dengan binaan replika mercu tanda kebanggan Malaysia seperti Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya serta mercu tanda Negara lain seperti Angkor Wat dan Taj Mahal yang dibina sepenuhnya daripada blok Lego di Miniland.

Di bahagian Imagination, anda boleh melihat Legoland secara menyeluruh dari Observation Tower. Anak-anak boleh membina Lego sendiri, menaiki pelbagai ride yang tersedia dan menonton wayang 4D.

Taman temanya terbahagi kepada beberapa bahagian untuk pengunjung terokai iaitu Lego Technic, Lego Kingdoms, The Land of Adventure, Lego City dan Taman Tema Air.

Selain bersuka-ria, para pengunjung boleh membeli belah dan menjamu selera di Mall Of Medini serta menginap di Hotel Legoland yang berkonsepkan Pirate, Adventure, Kingdom atau Ninjago.

 

Lokasi : 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor

kredit : legoland.com.my

8.SANRIO HELLO KITTY & THOMAS TOWN

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke HELLO KITTY & THOMAS TOWN mengambil masa hanya 15 minit sahaja.

Penggemar Hello Kitty pasti teruja dengan rumah lengkap berkonsepkan Hello Kitty dengan bilik tidur, dapur dan ruang tamu di Hello Kitty Town.

Bagi peminat kereta api Thomas, Thomas Town menanti dengan replika kereta api serta Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride, Harold Helicopter ride, dan pastinya kereta api Thomas untuk dinaiki. Terdapat juga karakter kartun popular yang lain seperti Angry Bird, Barney, Bob The Builder, dan Pingu.

Lokasi : Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor

kredit : thelevel.my

9.JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke JPO mengambil masa hanya 20 minit sahaja.

Pada yang kaki shopping, jangan lupa untuk singgah di Johor Premium Outlet. Pusat membeli-belah ini sering membeli pilihan pelancong kerana variasi kedai berjenama yang menjual pelbagai pilihan pakaian, beg tangan, kasut dengan potongan harga 25% ke 65% setiap hari.

Selain itu, ia senibina kawasan ini yang berkonsepkan kolonial dan landskap taman tentunya menjadi kawasan yang unik untuk mengambil gambar kenang-kenangan.

Lokasi : Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor

kredit :mutiarajohorbahru.com

10.IKEA JOHOR

Dari Adam Homestay Johor Bahru ke IKEA mengambil masa hanya 15minit sahaja.

IKEA, satu nama global yang tidak perlu lagi kami perkenalkan. Kalau korang nak beli perabot atau barang perhiasan rumah ke, benda pertama yang terlintas dalam kepala mesti IKEA! Mana taknya, kat IKEA korang dipamerkan dengan banyak pilihan rekaan perabot moden dan futuristik.

 

Semua perabot di IKEA memiliki rekaan minimalis sesuai dengan gaya hidup kita yang semakin ke arah ‘micro living’. Jadi tidak hairanlah walau sekecil mana pun saiz rumah korang, kini korang boleh menghasilkan rekaan rumah yang cantik dengan menggunakan perabot dari IKEA. Tak ada dah alasan, “alaa rumah ko besar, memang la cantik”.

 

Setelah hampir dua tahun beroperasi dengan dua gedung di kawasan Kuala Lumpur, kini warga selatan boleh senyum lebar kerana IKEA akan dibuka di Johor Bahru, khas untuk pengunjung warga selatan.

Gedung terbaru IKEA terletak berhampiran Jalan Desa Tebrau, Johor Bahru, gedung ini adalah cawangan pertamanya di wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Jadi korang dah tak perlu susah payah turun ke KL untuk membeli belah di IKEA lepas ni.

IKEA Tebrau secara rasminya akan dibuka pada 16 November ini dan terdapat pelbagai aktiviti dan tawaran menarik yang akan dihidangkan kepada pengunjung yang datang pada hari perasmian seperti aktiviti Face Painting, Photobooth dan macam-macam lagi lah.

Sehingga ke hari ini IKEA menjadi salah satu tempat tumpuan terutamanya di hari minggu. Pada kami, ianya bukan sahaja terletak pada aspek rekaan gedung ‘puzzle’ yang menarik dan tawaran pilihan rekaan perabot moden yang banyak, tetapi di IKEA, seronoknya lepak dan hangout dengan kawan-kawan adalah disebabkan ada meatball! Sedapnya sampai penulis sendiri meleleh air liur.

 

LOKASI : 33, Jalan Harmonium 23/13, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

kredit :thevocket.com

Tempah Sekarang Adam Homestay Johor Bahru Sebelum Penuh!

arrow

WHATSAPP KOD "HOMESTAY JOHOR BAHRU" KE >> +6018-775 1456

WHATSAPP KOD "HOMESTAY JOHOR BAHRU" KE >> +6018-775 1456

WHATSAPP KOD "HOMESTAY JOHOR BAHRU" KE >> +6018-775 1456