Terma & Syarat Tempahan
Tempahan Adam Homestay Dan Pakej Percutian
Sila baca terma dan syarat tempahan yang telah ditetapkan dengan teliti yang menghubungkan adamhomestay.com dan anda melalui laman web ini.
Pastikan anda membaca dengan teliti semua serta, syarat dan polisi adamhomestay.com sebelum membuat pengesahan tempahan. Anda dikira bersetuju dengan semua terma dan syarat setelah butang pengesahan ditanda semasa membuat tempahan. Sebarang pertanyaan berkenaan terma dan syarat, sila hantarkan email kepada [email protected]
- Anda boleh menggunakan laman web ini untuk sebarang pertanyaan, pengesahan, tempahan, berkongsi idea serta maklumat hotel. Sekiranya didapati anda membuat spekulasi, tempahan haram atau yang merumitkan, kami berhak membatalkan tempahan anda.
- Semua perkhidmatan diberikan adalah berdasarkan kepada butiran yang tertera dalam voucher. Sekiranya anda ingin membuat penukaran tarikh setelah pembayaran dibuat, tempahan baru hendaklah dibuat tetapi bergantung kepada polisi tempahan yang sebelumnya.
- Bayaran yang telah dibayar tidak akan dipulangkan sekiranya anda tidak menepati jadual perjalanan, walaupun ia tertera sebagai masih belum digunakan lagi.
- Sebarang caj tambahan yang terhasil disebabkan oleh perubahan mesti dibayar kepada pihak pengurusan adam secara terus.
- adamhomestay.com tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penangguhan yang diduga atau tidak semasa lawatan dan pemindahan, kehilangan, kemudaratan ke atas individu atau kerosakan barangan, kematian dan kemalangan semasa perjalanan, peperangan atau ancaman peperangan yang mengakibatkan penangguhan perkhidmatan, keadaan cuaca yang luar biasa, tindakan atau mogok industri, rusuhan atau gangguan tempatan atau kekacauan, masalah akibat kebankrapan, ketakmampuan bayar, perdagangan operator dihentikan atau keadaan-keadaan lain yang boleh menjejaskan anda.
- Maklumat yang diberi di dalam borang penempahan hendaklah tepat dan betul bagi memudahkan team adam homestay menghubungi anda sekiranya perlu.
- Pembayaran deposit diperlukan selepas tempahan dibuat. Pembayaran penuh hendaklah dibuat semasa check-in.
- Sekiranya tempahan dibuat di saat-saat akhir, kekosongan bergantung pada homestay dan bayaran penuh diperlukan. Setelah tempahan dijamin oleh homestay dan anda membuat pembatalan serta merta, bayaran penuh diperlukan.
- Surat pengesahan tempahan merupakan satu dokumen penting dan anda harus mencetaknya. Surat pengesahan ini merupakan bukti penempahan dan pembayaran atau penginapan yang telah dibuat.
- Kami menghasilkannya informasi berdasarkan maklumat yang diberi oleh pihak-pihak yang berkaitan. Pihak kami sentiasa memastikan isi kandungan laman web memberikan maklumat tepat dan terkini. Namun pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat dan senarai homestay tidak disediakan dengan tepat, adanya kesilapan, keciciran atau mengelirukan.
- Laman web kami adalah di bawah team adamhomestay.com sahaja. Sebarang perhubungan jaringan yang menyebabkan dibawah tajaan dan perakuan oleh pihak adam homestay, kami tidak diperakui terhadap kandungannya.
- Kami tidak bertanggungjawab memperuntukkan perkhidmatan dan kemudahan yang telah ditempah sepertimana dijanjikan dalam sebarang bentuk keadaan diluar kawalan kami atau ejen, pembantu atau wakil kami atau disebabkan seperti yang dinyatakan dibawah:
- Peperangan atau ancaman perang;
- Rusuhan atau gangguan ketenteraman awam;
- Pengganas atau ancaman keganasan;
- Perbalahan Industri atau ancaman perbalahan industri;
- Tindakan negara atau kerajaan tempatan;
- Kemusnahan alam semulajadi dan nuklear;
- Kebakaran atau banjir;
- Keadaan cuaca buruk;
- Masalah teknikal pengangkutan;
- Lapangan terbang dan pelabuhan ditutup atau penuh;
- Pembatalan atau perubahan jadual pengangkutan;
Semasa Menginap di Adam Homestay.
2. Semua suis elektrik hendaklah ditutup selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu /aircond apabila meninggalkan rumah.
3. Tetamu yang menginap di sini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan Adam Honestay berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
4. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan Adam homestay ini.
5. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
6. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
7. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
8. Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
9. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
10. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan Adam Homestay bila anda check-out.
11. Tidak dibenarkan membawa arak, pork/bak kut teh, dadah dan apa juga barangan larangan yang salah di sisi undang-undang ke dalam Adam Homestay.
12. Sebarang anjuran parti liar dan salah di sisi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di Adam Homestay ini.
13. Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Adam Homestay untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami.
14. Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Adam homestay, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurus Adam homestay.
15. Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman Adam homestay minta mereka menghubungi pihak Adam homestay sendiri.
16. Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke Adam Homestay. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pengurus Adam homestay sahaja.
17. Setiap peralatan dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan.
18. Kerja-kerja pembersihan homestay hanya akan dilakukan setelah penyewa check-out. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menjaga kebersihan homestay selama tempoh menginap.
19. Pihak pengurusan Adam Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka dan harta benda masing-masing kerana kelalaian mereka atau keadaan yang di luar kawalan pihak pengurusan Adam Homestay.
20. Keselesaan & keselamatan anda keutamaan kami.
SELAMAT BERCUTI.