3 TEKNIK MEMUSNAHKAN LIPAS

Salah satu cara yang kita perlu lakukan untuk menghalang kemasukan lipas ke dalam rumah kita ialah dengan memastikan kediaman sentiasa bersih dari segala kekotoran. Kerana lipas amat menggemari kawasan yang kotor, gelap dan lembap.

Berikut disenaraikan 4 teknik memusnahkan lipas dari bermaharajalela dalam rumah;

1. Racun serangga semula jadi

Ambil cecair sabun mandi dan air. Campuran ini kemudiannya di masukkan ke dalam botol semburan. Apabila anda terlihat lipas dewasa, semburkan terus ke lipas lebih kurang dua tiga kali. Pastikan anda serang/sembur pada bahagian kepala atau perutnya. Apabila lipas itu lari, ia akan mati kerana kesan sabun tadi. Kaedah ini terbukti berkesan kerana, air sabun akan menyelaputi lapisan ‘filem’ lipas yang menyukarkan mereka untuk bernafas.

2. Guna bekas jar
Cara ini lebih ringkas dan efektif untuk memerangkap lipas. Ia tidak membunuh lipas tetapi membuatkan lipas tidak mampu membebaskan diri apabila sudah terperangkap di dalam bekas ini. Anda boleh mengumpan dengan meletakkan apa jua jenis makanan seperti serbuk kopi dan air, malah dengan hanya menggunakan air kosong juga.

3. Ubat pemusnah sarang lipas
Jika anda berjaya memusnahkan sarang lipas, potensi untuk mereka mencerobohi rumah anda adalah sangat tipis! Anda boleh menggunakan ubat pembunuh serangga yang ada dalam bentuk gel ataupun cecair. Semburkan ubat tersebut pada bahagian dinding yang retak dan lain-lain bahagian yang berpotensi menjadi tumpuan serangga kotor ini.

Leave a Reply