Select Page

Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, kini makin banyak tempat menarik di Johor Bahru yang ditawarkan untuk pengunjung. Banyak tempat sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa pusat pelancongan terbaru.

Pusat Bandar yang semakin berkembang pesat seiring dengan Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor atau Iskandar Malaysia ini ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur.

1. Legoland Malaysia

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: trip.com

Legoland Malaysia ini memang tarikan utama Johor dan Legoland pertama yang dibina dalam Asia!

Legoland ini adalah taman tema Lego yang pertama sekali dalam Asia. Selepas yang ini barulah dibina kat Dubai dan Tokyo. Senang cerita, kalau anda nak ke Legoland lain, memang kena naik flight bang! Kan dah dapat jimat dekat situ.

Kalau dulu Legoland Malaysia cuma ada taman tema yang penuh dengan monumen kecil Asia yang diperbuat daripada Lego, sekarang ia juga ada taman tema airnya, dan juga aquarium sendiri.

Tiket masuk untuk ketiga-tiga tempat ini berasingan.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: mapsofworld
Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: legoland

Sekarang dah ada taman tema air kat sini.  Legoland JB sudah ada tarikan untuk mereka yang bukan peminat Lego.

Tapi nak masuk waterpark ini perlukan tiket extra.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: paperblog

Kat dalam Legoland Johor Bahru ini memanglah banyak kedai untuk anda beli cenderamata. Kalau anda hantu Lego, ini memang syurga untuk anda.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: agoda

Kepada yang mahu umpph lagi, boleh tidur di hotel Legoland. Bilik-bilik dalam hotel ini, macam yang anda jangka, berbeza dari mana-mana bilik yang pernah anda inap selama ini.

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79100 Nusajaya, Johor, Malaysia

2. Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: lifestyle.okezone

Nak merasa taman tema air kat Johor? Selain kat Legoland, ini salah satu alternatif yang ada.

Kawasan Desaru yang dah lama terbiar, sekarang dah diberi nafas baru. Dan dikatakan nak dibuat semacam Pulau Sentosa Singapore yang penuh dengan bermacam tarikan.

Dan berbeza dengan taman tema air lain kat Malaysia, Desaru Coast Adventure Waterpark ini siap ada rollercoaster lagi.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: edgeprop

Dan kalau tak mahu naik sebarang ride, anda boleh berendam atau main pelampung dalam kolam air Tidal Wave sebesar 3 ekar yang dikatakan antara terbesar kat Malaysia sekarang. Memang syok lah!

Alamat: Desaru Coast Adventure Waterpark, Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor, Malaysia

3.  Johor Premium Outlets

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: blog.malaysia-asia

Kaki shopping barang branded! inilah masa untuk anda shopping sakan!

Jika anda singgah ke JB, jangan lepaskan peluang untuk melawat JPO untuk membeli-belah.

Di tempat popular ini anda boleh membeli beg tangan, kaca mata dan seluar berjenama pada harga yang jauh lebih rendah dari kebanyakan pusat beli belah di Malaysia.

Di sini jenama seperti Versace, Coach, Guess, Armani, Adidas, Nike, Michael Kors, Polo Ralph Lauren, Puma, Rip Curl dan sebagainya dijual dengan diskaun dari 25% sehingga 75%. Wah! Wah!

Alamat: Johor Premium Outlets Senai, Johor, Malaysia

4. Sealife Malaysia

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: legoland

Nak tengok aquarium bertaraf dunia? Jom datang kat tarikan terbaru Legoland ini.

Sealife ini kalau anda nak tahu, brand aquarium yang ada 50 cawangan kat seluruh dunia. Dan Sealife paling besar kat Asia Tenggara ada kat Bangkok di Sealife Ocean World.

Tak sah masuk oceanarium kalau tak ada terowong kaca dasar laut kan? Kat Sealife ini ada terowong sama yang dipanggil 180 degrees ocean tunnel.

Memang puas lah kalau anak jenis suka duduk diam dan tengok lebih 10,000 ikan yang ada.

Alamat: Sealife Malaysia, Iskandar Puteri, Johor Bharu, Johor

5. Austin Heights Adventure Park

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: funtime

Tapi ia cukup sesuai untuk mereka yang datang dengan anak kecil dan mahu berseronok bermain air atau memanjat halangan bertali. Cuma harga tiketnya bukan murah.

Jadi apa yang ada di taman bersaiz sederhana ini?

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: shopback

Dengan slide yang memang tinggi, taman tema air ini bakal buat anda seronok. Dan si kecil juga boleh bermain air di kolam air untuk family yang lebih selamat untuk mereka.

Agak rare. Tapi ya, tempat ini juga mempunyai gelanggang ice skating untuk anda sakitkan kaki dan punggung anda.

Selain dari 3 tarikan di atas, terdapat juga go-kart untuk anda berlatih skill Tokyo Drift anda, dan juga JumpStreet — untuk anda melompat, lompat dan lompat.

Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

6. Toppen Mall

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: mustsharenews

Toppen Mall kat Johor Bharu ini antara mall paling lain yang ada dalam Malaysia. Senang cerita, kalau hanya ada satu mall yang anda nak layan masa cuti kat JB, pastikan anda datang ke Toppen Mall yang owner-nya IKEA Malaysia.

Untuk orang muda yang layan TikTok, ini adalah mall yang ada banyak sudut untuk TikTok. Ada yang kata ini mall yang paling Tiktoable kat Malaysia. Joe Flizzow pun pernah buat TikTok kat sini.

Kalau kawasan dalam mall ini belum cukup jangan sedih hati. Mall ini bersambung dengan Ikea ke-3 Malaysia iaitu Aeon Tebrau. Yang penting, pakai kasut bagus dan bersedia nak picit betis bengkak malam nanti.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: says.com

Mall ini ada kawasan atas bumbung paling happening untuk sebuah mall Malaysia.

Kat kawasan atas ini ada taman untuk anda ambil angin dan anak kecil main air. Kawasan ini cukup cantik bila malam sebab siap dihias lampu-lampu.

Kat sini juga ada satu kawasan khas untuk bermain. Yang nak main skate board, panjat dinding atau basketball, boleh juga datang mall ini dan main dengan kawan-kawan kat sini.

Alamat: Toppen Shopping Centre, No. 33, Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

7. Flyboard Forest City

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: rileklah

Jom terbang macam Ironman kat Forest City.

Mak ayah boleh merasa terapung guna flyboard kat udara. Anak yang kecil pula boleh layan swimming pool atau naik kayak bersama adik beradik.

Badan tinggi, rendah tak kisah bang. Tua muda pun boleh ( umur 9 tahun ke atas dah boleh cuba). Sekali seumur hidup kena rasa.

Kat kawasan Flyboard Watersport ini bukan saja boleh main flyboard, tapi juga sewa dan naik jetski. Kalau nak jerit atas laut berjemaah, boleh layan towable (naik pelampung ditarik bot, macam banana boat tu, cuma yang ini bulat).

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: booking

Kat kawasan Forest City ini juga ada kolam renang besar.  Kalau dah puas mandi, ada satu benda yang anda kena cuba – Zorb Ball.

Kawasan untuk rekreasi kat Forest City ni memang cantik. Ada taman, ada pantai buatan untuk anda bergambar dengan family.

Alamat: Flyboard Watersport, Forest City, 81550 Kampong Tanjong Kupang, Johor, Malaysia

8. Masjid Sultan Abu Bakar

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: itc.gov.my

Masjid Sultan Abu Bakar yang dibina sebelum 1900 ini cukup lain dari kebanyakan masjid Malaysia. Bukan apa, rekabentuk binaannya bukan seperti di Timur Tengah, tetapi di Eropah.

Dan gaya di dalamnya classy. Anda mesti rasa seperti masuk ke dalam istana zaman kolonial.

Apa yang kami boleh katakan, lokasinya di atas bukit cukup sesuai. Bukan sebagai tempat melayan pemandangan selat Tebrau.

Tapi sebagai simbol agama Islam yang sepatutnya letak di atas. Dan anda mesti suka bila anda masuk dan melihat mimbarnya. memang lain dari banyak masjid yang pernah anda lawat.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: abunuha.wordpress

Alamat: Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu, Malaysia

9. Dataran Bandaraya Johor Bahru

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: travelmalaysia

Tempat ini tiada tarikan spesifik sebenarnya. Tempat ini ibarat Dataran Merdeka. Cuma bila waktu malam, ada warung-warung untuk anda jamu selera. Sotong kankung, cakoi sehinggalah steamboat ada sahaja dijual.

Kalau datang dengan anak, ada badut dan permainan seperti belon gergasi dan rollerblade untuk mereka berseronok.

Kadang-kadang tempat ini penuh bukan sebab apa. Tapi sebab adik-adik perempuan datang menjamu mata melihat hero-hero team bola sepak JDT berlatih. Ataupun orang Johor turun untuk menonton JDT bermain di layar gergasi.

Alamat: Dataran Bandaraya, Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

10. Angry Birds Activity Park

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: sgmytaxi

Anak anda gilakan Angry Bird? Jom bawa anak kecil anda terjah taman tema Angry Birds Activity Park di Komtar JBCC.

Taman ini adalah taman tema ‘Angry Bird’ yang pertama di Malaysia, selepas menerima sambutan hangat di negara-negara lain seperti United Kingdom.

Di sini anak-anak boleh bermain permainan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery and Captain Black Bird Ship dengan karakter-karakter comel dalam aplikasi permainan ‘Angry Bird’.

Kalau anak anda teruja, tetapi anda tidak, jangan risau. Ada ‘Parent’s Lounge’ untuk anda mahu duduk berehat dari melayan geng Angry Birds ini.

Alamat: Komtar Bandar Johor Bahru Johor Bahru Johor Malaysia

11. Skyscape Komtar JBCC

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: klook

Nak tengok panorama kota Johor? Jom jalan kat jambatan kaca JBCC.

Kalau orang KL boleh jalan atas kaca kat Skybox, orang Penang kat Rainbow Walk dan orang Melaka kat The Shore, masuk 2019, orang Johor pun boleh buat benda yang sama kat JBCC.

Tinggi jambatan kaca ini dari tanah adalah 149 meter. Dan dari sini bukan saja boleh selfie tapi tengok suasana bandar JB sampai Singapura.

Kalau anda dah puas bergambar dan rasa angin kat jambatan, ada beberapa tarikan lain yang boleh anda cuba.

Ada VR dan juga terowong LED untuk anda lalu. Bukan apa, jambatan kaca ini tak panjang. Kalau tak ada tarikan lain, akan terasa mahalnya berjalan kat situ.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: savingkaki

Anda wajib beli stokin untuk jalan atas jambatan. Stokin ini harganya berasingan dari harga tiket.

Alamat: Level 34, Menara JLand Johor Bahru City Centre, Jalan Tun Abdul Razak 80000 Johor Bahru

12. MCM Studio Cartoon Planet

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: https://mcmstudio

Taman tema dalam dewan (indoor) MCM Studio Cartoon Planet ini dibuat dalam mall baru Johor iaitu Capital 21 Mall.

Mall baru ini sendiri special, sebab dibuat dengan kawasan yang gayanya mengikut gaya 5 tema benua kat dunia. Jadi sebelum masuk taman tema, dah boleh tengok kawasan yang digayakan macam dah kat Eropah atau Jepun.

Kat sini juga ada eskalator paling panjang Malaysia, sungai dalam mall dan kawasan lantai kaca kecil untuk uji geng yang suka cakap besar.

Untuk kaki kopi, Starbucksnya pun besar, Tapi sebab ini mall baru, kawasan kedai mungkin banyak kosong.

Kat MCM Studios Cartoon Planet sini ada 3 kawasan taman tema iaitu Movie, Cartoon dan Music. Kawasan Movie ini tempat untuk rides yang ada Transformers, Dinosaur World dengan Haunted House.

Alamat: 4th Floor of Capital City Mall, Capital City, Jalan Tampoi, Johor Bahru.

13. The Real Escape Room JB

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: lostinjb

Ingin rasa pengalaman ‘live’ menjadi karakter yang anda impikan dalam rancangan televisyen ataupun filem?

Jom ke The Real Escape Room iaitu permainan di dalam bilik kurungan yang hampir realistik. Tempat di mana anda perlu menyelesaikan teka-teki dan masalah untuk melepaskan diri dari bilik kurungan dalam masa terhad.

Anda boleh memilih tema pembunuhan, tema seram, tema siasatan kes, dan sebagainya mengikut citarasa anda.

Anda dan rakan ‘seperjuangan’ hanya mempunyai masa 60 minit untuk melepaskan diri dari bilik kurungan.

Antara tema yang diinspirasikan daripada filem-filem dan siri-siri drama terkenal termasuklah Prison Break, Resident Evil, Da Vincci dan Saw.

Alamat: 69a Jalan Sutera Tanjung 8/2 Taman Sutera Utama 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor Malaysia

14. City Square JB

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: asiaone

Suka shopping? Jom pi JB City Square

Kalau anda ingin rasa dan lihat apa yang ada di shopping mall Singapura, datanglah ke JB City Square.

Tempat ini dimiliki oleh Singapura dan apa yang boleh didapati di Singapura, boleh juga didapati di shopping mall 7 tingkat yang selalu penuh ini.

Dengan 200 kedai, tiada masalah mencari barang yang sesuai untuk dibawa balik.

15. Kota Iskandar

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: unsplash

Nak tengok kawasan pentadbiran Johor moden? Singgah kat Kota Iskandar yang dekat dengan Legoland ini.

Dibina seakan Putrajaya, pusat pentadbiran baru kerajaan Johor kat Kota Iskandar ini memang luas dan cantik.

Kalau anda datang nak bergambar atau nak tengok bangunan-bangunan baru yang teratur binaannya, ini memang kawasannya.

Bangunan dalam kawasan ini dibina samada dengan konsep istana Alhambra (kat Sepanyol) ataupun dengan konsep Melayu-Johor. 

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: dreamstime
Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: dreamstime

Dan kalau anda melangut tengok bumbung bangunan-bangunan ini dari dalam, akan nampak motif-motif yang menceritakan kisah Johor.

Contohnya ada yang bermotif nenas (Johor memang famous dengan tanaman ini) sampailah ke bentuk permata (nama Johor datang dari perkataan Arab, Jauhar untuk permata).

Kawasan Kota Iskandar ini direka dengan teliti, dari kemasan bangunan sampailah lokasinya. Contohnya, semua bangunan di sini dibuat menghadap kiblat.

Masjid pula diletak di tempat paling tinggi dalam kawasan Kota Iskandar.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: MasjidKotaIskandar

Bercerita tentang Masjid Kota Iskandar, kalau anda ke sini, singgah solat dalam masjid moden ini.

Dengan air-cond dan saiznya yang luas, masjid ini memang cukup selesa untuk anda beribadat. Dan cantik untuk bergambar di kawasan luar.

Alamat: Kota Iskandar, Nusajaya, Johor, Malaysia

16. Danga Bay

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: airpaz

Di sini ada Danga Park, sebuah taman tema khas untuk kanak.

Danga Bay ialah wajah Johor Bharu. Di sini anda boleh melihat budaya sebenar orang-orang Johor dan melihat sendiri perbezaan budaya dan adat mereka berbanding di tempat anda.

Daripada pendapat para pengunjung, hotel yang terbaik yang ada di sini adalah Tune Hotel Danga Bay. Namun terdapat lebih kurang 30 lagi pilihan hotel untuk anda duduki mengikut bajet anda. 

Aktiviti menarik yang anda boleh lakukan ialah

– Kapal cruise, rondaan selama 1 jam : RM 20 (Jumaat, Sabtu & Ahad saja, 8pm)
– Bot kecil : RM 10 (Setiap hari, waktu siang saja)
– Basikal berkumpulan (2-6 tempat duduk) : RM 39 (Rondaan selama 45 minit)

Alamat: Danga Bay, Johor Bharu

17. Hutan Bandar

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: hutanbandar

Jika anda datang dengan anak-anak, taman tema bakal merosakkan akaun bank anda. Jadi ini alternatifnya.

Selain berjogging dalam taman redup, anda boleh lepaskan mereka untuk mandi di kolam buatan dan bermain di taman permainan.

Cuma kelakarnya, tempat ini bukannya terkenal sebab ianya tempat jogging atau bersiar-siar yang happening. Tempat ini terkenal kerana adanya food court untuk sarapan yang sedap semuanya.

Alamat: Jalan Tasek Utara, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

18. Bazar Karat

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: johorkini

Kalau bosan duduk di bilik waktu malam, apa kata jalan-jalan ke Bazar Karat JB ini?

Tempat ini hampir sama seperti mana-mana uptown di Malaysia. Parking tepi jalannya susah dan jumlah pengunjung memang ramai.

Bezanya, peniaga Melayu dan Cina ada sebelah-menyebelah sesuatu yang sangat rare sekarang. Dan kalau anda lapar, ada pelbagai makanan yang ada dijual disana.

Dan kalau anda sudah bosan dengan pasar malam yang asyik menjual t-shirt dan jeans, pasar JB ini ada kawasan barang antik yang boleh anda layan.

Alamat: Jalan Segget, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia

19. X Park Sunway Iskandar

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: xparkmalaysia

Untuk yang datang ke JB sebab bercuti dan juga nak buat bonding activities, X Park kat Sunway Iskandar ini ada banyak pilihan aktiviti.

Kat sini, yang kaki golf boleh asah skill kat driving range sementara isteri anda berseronok naik Go-Kart, naik ATV ataupun berkayak pusing tasik.

Nak tambah ekstrim, boleh naik motor scrambler ataupun masuk dalam kolam dan layan ikan dengan Aquawalk.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: xparkmalaysia

Cawangan yang ada kat kawasan Iskandar Johor ini antara X Park paling besar yang ada dalam Malaysia.

Kalau nak main yang santai-santai, boleh juga book gelanggang untuk main futsal, memanah ataupun sewa paddle boat untuk keliling tasik.

Nak super santai? Memancing pun boleh bang. X Park ini sebenarnya tak jauh dari Legoland, Sealife dan juga Puteri Harbour.

Alamat: Jalan Medini Selatan 2, Medini Zone F, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor.

20. Zoo Johor

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: flickr

Zoo ini zoo lama dan kecil, tapi ianya murah.

Zoo ini tidak sebesar zoo yang biasa anda bayangkan. Dan jumlah haiwannya sekitar hanya 100 ekor.

Yang bagusnya, jika anda datang dengan ibu bapa yang berusia, mereka tak akan mengadu sakit lutut. Dan kalau anak anda ingin menaiki bot, ada kolam kecil untuk mereka berdayung.

Walaupun standardnya jauh dari standard Zoo Singapore, ada baiknya juga. Harga tiketnya murah dan binatang yang ada memang lebih dekat dengan anda.

Alamat: Jalan Gertak Merah, Johor Bahru 80000, Malaysia

21. Kolam Air Dinasours Alive

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: tempatmenarik

Anak kecil merengek minta mandi-manda kat kolam renang? Mungkin tempat ini boleh dipertimbangkan.

Jika anda menginap di hotel KSL, anda boleh ke sini percuma. Apa yang menariknya ialah kolam randuk kanak-kanak ini ada patung dinasour yang berbunyi atau memancutkan air.

Akan tetapi jika anda bukan pelanggan hotel, harga masuknya boleh membuatkan anda pitam.

Tiket masuk bagi kanak-kanak dan dewasa ialah RM50. Manakala warga emas RM30.

Alamat: 33 Jalan Seladang 80250 Johor Bahru, Malaysia

22. HV Riding Academy

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: hvridingacademy

Bercuti tak bermaksud tak boleh teruskan hobi kita. Kalau korang geng yang seronok berkuda, korang boleh jenguk akademi ini.

Horse Valley Riding Academy kat Masai ini tempat orang Johor dan Singapore datang untuk santai berkuda, atau belajar menunggang.

Dan kalau anda bercuti kat Johor dan nak merasa naik suka-suka, ini juga tempat yang murah untuk itu. Jaraknya dari pusat bandar JB pun tak sampai 20 minit memandu.

Tempatnya masuk ke dalam sedikit dari jalan besar. Tapi disebabkan ini, ianya lebih aman dan tempatnya bersih terjaga.

Mengapa nak bawa anak naik carousel kuda mainan yang berpusing, kalau boleh naik kuda betul kat sini?

Alamat: PTD 109057 Kampong Plentong Baru, Masai 81750, Johor Baru, Johor

23. Trickeye Museum

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: picuki

Gambar OOTD kat JB tak cukup lagi? Masuk sini dan beraksi dalam video AR dan gambar 3D.

Trickeye Museum kat Johor ini sebenarnya salah satu cawangan Trickeye. Syarikat ini ada muzium gambar 3D kat seluruh dunia, dari beberapa muzium seumpamanya di Korea sampailah Mexico dan juga Singapura.

Senang cerita, kalau kebanyakan muzium 3D nak bergambar kat Malaysia, standard amatur sahaja, yang ini datang dari syarikat yang sudah biasa dalam muzium sebegini.

Jadi tak hairanlah yang kalau kebanyakan muzium 3D kat Malaysia cuma ada gambar kat dinding untuk anda bergambar dan beraksi untuk lensa, yang kat sini siap datang dengan gambar yang ada AR.

Dari mata kasar, anda akan nampak gambar-gambar dinding ini mati. Tapi bila anda download aplikasi VR, anda boleh berlakon dengan gambar-gambar ini sebab ia bakal hidup.

Dan anda bakal keluar bukan sahaja dengan gambar, tapi juga dengan video anda kat sini. Menarikkan!

Alamat: Level 05, Johor Bahru City Square, Jalan Wong Ah Fook, 80000, Johor Bahru, Johor

24. Blue Ice Skating Rink

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: ledtronics

Jom main luncur ais di gelanggang ais Paradigm Mall ini.

Tak semua tempat dalam Malaysia ada skating rink. Kebanyakannya ada cuma kat KL.

Kalau anda dan anak-anak datang bercuti ke Johor dan anda dari luar KL, Blue Ice Skating Rink ini tempatnya nak merasa seronok atau tidak main ais.

Dibuat dalam Paradigm Mall, gelanggang ini dibuka sampailah ke malam. Jadi tak ada masalah kalau nak datang selepas anda puas ronda-ronda Johor siang harinya.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: eatdrink

Alamat: 3F-30 Paradigm Mall Johor, Jalan Bertingkat Skudai, 81200 Skudai, Johor

25. Puteri Harbour

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: booking

Puteri Harbour ini kawasan tempat lepak orang yang suka kawasan tepi laut yang ada kapal mahal berlabuh. Kat kawasan ini ada mall kecil yang ada kedai-kedai makan. Tapi kedai-kedai makannya tak murah.

Kedai yang ada pun biasa sahaja, kecuali cafe DC Comics Superheros untuk anda layan pizza dan beli t-shirt dengan tema superhero Hollywood ini.

Kawasan ini belum maju sepenuhnya, dan kebanyakan yang datang kat sini cuma ambil angin selepas atau sebelum masuk kat Hello Kitty & Thomas Town. Tapi selepas taman tema ini ditutup penghujung 2019, kami pun tak tahu apa akan jadi pada kawasan jeti ini.

Alamat: Puteri Harbour, Nusajaya, Johor

26. La Stella Waterpark

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: starhill-golf

Kolam air mini ini tak besar mana, tapi sesuai untuk si kecil mandi manda.

Taman air La Stella yang dibuat dalam Starhill Golf & Country Club ini adalah kawasan main air untuk orang tempatan. Sebab saiznya terhad dan tak berbaloi datang bercuti ke Johor semata-mata untuk ke sini.

La Stella ini ada 2 kolam air sederhana besar untuk mak ayah dan anak-anak. Selain dari kolam dan gelongsor air yang ringkas, kat sini juga ada inflatable pool yang diletak kat kawasan padang Country Club ini.

Kalau anda suka main golf, tempat ini mungkin cocok sebab anak isteri boleh main air sementara anda menghayun kayu golf. Tapi kalau tidak, kami harganya memang agak tinggi untuk kemudahan yang ada.

Tempat Menarik Di Johor Bahru
Sumber: starhill-golf

Alamat: Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama Skudai, 81330 Johor Bahru, Johor

Jika korang ada tempat yang ingin direkomen sila nyatakan diruang komen. Kami akan cuba senaraikan kemaskini aktiviti dan tempat-tempat menarik di Johor disini.