Mencari tempat makan best di Sungai Petani?
Sungai Petani adalah lokasi pelbagai makanan dan hidangan yang lazat. Bila sampai kepada topik tempat makan yang menarik. Jadi, tidak hairan jika ramai yang keliru apabila tiba di Sungai Petani.
Masih tercari-cari tempat makan best? Jangan risau, kami sertakan 15 tempat makan best di Sungai Petani yang boleh dicuba. Teruskan membaca ya!
#1 Warung Pokok Ceri

Terkenal dengan menu sarapan dan makanan tengah harinya, Pelbagai jenis hidangan yang lazat yang boleh anda cuba di sini. Antaranya sarapan, pek nga, roti jala, kuih-muih, nasi lemak dan mi goreng wajib anda cuba.
Jika anda menetap di Sungai Petani, nama restoran ini pasti tidak asing lagi buat anda. Warung Pokok Ceri ini merupakan antara restoran yang cukup terkenal sebagai tempat makan di Sungai Petani
Alamat: 108, Jalan Desa Indah, Taman Desa Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 3.30 petang
Untuk menu tengah hari pula, ada berbagai jenis lauk-pauk yang disediakan. Lauk yang digoreng rangup, dibuat gulai, masak lemak, kari, semuanya ada. Dijamin sedap-sedap belaka!
#2 Restoran Mae Salong

Menu disini adalah berasaskan masakan Thai. Oleh itu, tomyam sering menjadi pilihan utama pelanggan di samping masakan lain termasuk kari ayam hijau, kangkung goreng, dan rojak.
Alamat: 199-F, Kampung Bakar Bata, Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 3 petang, dibuka semula 6 petang – 11 malam
Restoran rumah kelong ini mempunyai dekorasi yang cantik dan santai. Lamannya dihiasi pokok-pokok dan kolam ikan koi. Ia terletak tidak jauh dari Hotel Park Avenue.
#3 Big Mouth Republic

Hidangan di sini bukan sahaja menjanjikan kekenyangan, malah kelazatan! Antara hidangan yang boleh anda cuba di sini ialah Lamb Chop dan Chicken Chop. Dijamin enak tak terhingga!
Alamat: C-123, Lorong 10, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 3 petang – 11 malam
Nama restoran ini cukup sesuai dengan saiz hidangan yang ditawarkan kepada pelanggan. Big Mouth Republic ini menyajikan makanan Barat yang bersaiz besar.
#4 Hotmas Restaurant

Isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda singgah di Hotmas Restaurant. Hal ini kerana restoran ini ada menyediakan nasi goreng yang bersaiz besar, penuh sepinggan!

Menu lain seperti tomyam dan makanan Barat seperti Chicken Chop, Chicken Grill dan Lamb Chop juga turut disediakan di sini. Jika tekak kurang berkenan dengan nasi, nikmatilah hidangan Baratnya, pasti lazat!
Alamat: 26&27, Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5 petang – 12 tengah malam
Biasanya, sesetengah restoran menyediakan nasi goreng yang bersaiz sederhana sahaja. Kadangkala, ada terpaksa memesan hidangan lain kerana tidak kenyang.
#5 Hussain Nasi Kandar

Sebagaimana restoran nasi kandar yang lain, pelbagai jenis kari disediakan serta menu lain termasuk sambal telur sotong, nasi biryani, ikan keli sambal, puyuh goreng, daging kambing masak kurma, dan murtabak.
Hussain Nasi Kandar adalah antara restoran nasi kandar yang terkenal di Kedah. Restoran ini terletak di Taman Pekan Baru di belakang Bank Hong Leong.
Alamat: 18-20 Jalan Pengkalan, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 11 malam
#6 Chennai Curry House

Chennai Curry House menyediakan menu masakan India. Oleh itu, antara menu yang boleh anda nikmati ialah nan, thosai, ayam tandoori, kambing varuval, biryani dan sebagainya.
Untuk merasai hidangan yang berbeza, cubalah nasi yang dihidangkan di atas daun pisang. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan masakan di Chennai Curry House ini.
Chennai Curry House ini dikatakan bersih dan pelayannya juga mesra serta suka membantu. Pendek kata, servis di restoran ini memang mantap!
Alamat: 141-143, Jalan Lagenda, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi – 10.30 malam
#7 Nasi Lemak Cinta Sayang

Papan tandanya besar. Mudah untuk dikesan tempatnya. Sebagaimana namanya, Nasi Lemak Cinta Sayang terkenal dengan nasi lemaknya. Ada pilihan telur rebus, telur goreng, ayam goreng, kari daging, kentang bercili dan sebagainya.
Selain nasi ada menu lain pilihan anda. Antara menu lain disediakan seperti mi goreng atau bihun goreng serta pilihan nasi campur. Pelbagai juga jenis minuman termasuk teh tarik kegemaran rakyat Malaysia.
Alamat: 2728, Jalan Joget 1, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 5 petang
#8 Medan Selera Jam Besar

Perkara paling menarik apabila makan di medan selera adalah pelbagai pilihan makanan yang disediakan. Maka, Medan Selera Jam Besar tidak terkecuali.
Anda boleh makan yong tau fu, sate, pelbagai jenis roti termasuk roti arab, dan bubur kacang. Khabarnya ada yang sudah beroperasi lebih 15 tahun di situ dan masih mengekalkan kualiti rasa makanan mereka.
Oleh kerana pelbagai pilihan dengan ruang makan terbuka, mudah untuk pelanggan datang. Namun, meletakkan kenderaan bukanlah masalah besar kerana mereka ada menyediakan ruang yang cukup luas untuk pelanggan.
Alamat: Jalan Kilang Papan, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 3 petang – 1 pagi
#9 Pallet Café

Pallet Café mempunyai gaya hiasan ala hipster yang memberi rasa tenang dan relaks. Bagi sesetengah orang ia menampilkan gaya artistik bercampur sentuhan moden.
Pekerjan yang amat mesra dan sedia membantu. Menjadikan lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga dan perjumpaan rakan-rakan. Masakan yang ditawarkan adalah makanan barat seperti lamb chop, grilled chicken, pasta dan pizza.
Alamat: 162, Jalan Lagenda, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam
#10 Restoran LeBoss

Bukan sahaja menu masakan Malaysia disediakan di sini, malah ada juga menu masakan barat juga turut disajikan.
Kuantiti makanannya juga agak banyak. Jika anda bukan jenis makan dalam kuantiti yang besar atau tidak betul-betul lapar, anda mungkin tidak dapat menghabiskannya.
Alamat: 201 & 202, Jalan Legenda Height, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 3 petang dan dibuka semula 5 petang – 10 malam. Hari Rabu pula dibuka bermula 4 petang -11 malam
#11 Kedai Makan Kampung

Untuk menu lain pula, anda boleh cuba minuman seperti ‘Boba’ yang turut disediakan di sini. Milo kepalnya juga berjaya menarik perhatian ramai, rugi kalau tak cuba.
Melihat namanya sahaja pasti anda boleh teka yang restoran Kedai Makan Kampung ini menyediakan makanan apa – semestinya aneka jenis masakan kampung.
Untuk lauk tengah hari, ada pelbagai jenis lauk yang disediakan. Yang digoreng, dibuat kari dan masak lemak, semuanya ada. Pendek kata, pinggan anda pasti akan penuh dengan lauk!
Alamat: 300, Lorong Baiduri 7/2, Taman Delima, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 pagi – 9:30 malam
#12 Pak Nik Cendol

Cendolnya tidak terlampau manis dan tidak pula cair, cukup sempurna rasanya. Ada cendol pulut dan cendol biasa, kami sarankan anda cuba cendol pulut yang sangat digemari ramai pelanggannya.
Selain cendol, menu lain seperti bihun sup daging, laksa dan rojak buah juga turut disediakan. Memang terbaik kalau dinikmati petang-petang sambil bersantai bersama rakan-rakan!
Cuaca sekarang yang panas terik pasti membuatkan tekak gatal-gatal dan mengidamkan minuman yang menyegarkan tekak, bukan? Apa tunggu lagi, ‘pekena’ cendol yang terbaik di Pak Nik Cendol ini!
Alamat: Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 tengah hari – 7 malam
#13 Restoran Beryani Aqeem

Antara lauk yang boleh anda cuba bersama nasi briyani di sini ialah ayam, daging, kambing dan sup kambing. Jangan lupa pesan papadom dan acar bersama, pasti berganda kesedapannya!
Satu lagi tempat makan di Sungai Petani yang wajib anda serbu ialah Restoran Beryani Aqeem. Jika anda lihat ulasan di Internet, rata-rata pengunjung yang mencuba nasi briyani di sini memuji keenakkannya.
Dari luar, nampak seperti restoran biasa sahaja, namun ianya tidak seperti yang anda fikirkan. Kerana briyani yang disediakan di sini memang sangat terkenal.
Alamat: 2, Lorong 12A, Taman Peruda, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 6 petang
#14 Restoran Berkat

Roti canai merupakan menu yang kerap dipesan ramai pelanggan di sini. Dicicah bersama kuah kari daging, kami berani jamin anda juga akan turut menggemarinya juga!
Restoran ini merupakan antara port sarapan yang agak terkenal Di Sungai Petani Buktinya, setiap pagi pasti jumlah pelanggan yang memenuhi restoran dan ramai.
Pelbagai juga jenis menu sarapan yang boleh anda cuba. Untuk makanan goreng-goreng, anda boleh cuba mi goreng, mihun goreng dan kuey teow goreng.
Alamat: Bangunan Mdkt, 21C, Jalan Petri, 08000, Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 8 pagi – 6 petang
#15 D’Madinah Corner

Selain itu, restoran ini juga turut menyediakan set yang berbeza hidangan dan harganya. Sesuai dinikmati bersama keluarga atau rakan beramai-ramai, sedap dan mengenyangkan!
Bagi anda yang tengah bajet, namun masih ingin menikmati makanan Barat yang bersaiz besar, enak rasanya dan berpatutan harganya. Singgah di restoran ini – D’Madinah Corner.
Antara menu yang boleh dicuba ialah Lamb Chop, Chicken Chop, Chicken Grill dan Mushroom Soup. Selain itu, shawarma juga disediakan di sini.
Alamat: No. 27 Taman Temusu, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 petang – 12 tengah malam
Kesimpulan
Bagaimana? Banyak tempat Makan Di Sungai Petani anda mahu serbu atau pergi kesemuanya?
Apa pendapat anda tentang Tempat Makan Di Sungai Petani? Jika ada seberang pertanyaan boleh komen dibawah atau boleh kongsi dengan kami tempat makan di Sungai Petani!
Terima Kasih. Selamat menjamu selera!