Mengapa Perlu Sediakan Itinerary Kalau Bercuti?

 

credit : http://crisscrosstvl.com/

credit : http://crisscrosstvl.com/

 

Nota: 30 persediaan penting sebelum travel ini telah dikongsikan di laman web KakiMelancong.com. Kami kongsikan semula di sini . Semoga ia dapat membantu anda sewaktu melakukan persediaan sebelum travel.

 

Ada orang suka berjalan tanpa buat Itinerary. Maknanya mereka redah aje. Bukanlah tak ada plan langsung cuma mereka just letak dalam kepala je nak pergi sini, sana dan sini.

Ada yang suka buat itinenary dengan detail terutama bila bercuti di negara luar. Travel ke negara luar tak di nafikan memang pakai duit lebih. Jadi macam saya tak maulah terlepas tempat yang kita dah plan nak pergi. Kalau terlepas pun at least banyak tempat dah cover. Kalau bercuti dengan travel agency, mana nak pergi , bila pukul berapa semua agen dah siapkan. Tugas kita ikut je mereka.

 

Tapi kalau backpack atau pergi sendiri-sendiri rugi je kalau main redah aje. Nak beli tiket flight pun dah cecah ribu ,sampai sana tercanag-cangak nak pergi mana.

Kalau travel lama eloklah di catatkan contohnya 7 hari tolak 2 hari dalam kapal terbang so itinerary tu buat untuk 5 hari. Hari last tu boleh tambah sikit-sikit mana yang dekat sebab nanti terlepas kapal terbang haru.

Contohnya saya buat macam ni waktu nak travel. Roughly macam saya tulis ni sebab kalau tak tulis dan tak pelru la terlalu detail. Cuma saya memang tulis dalam note book kecik saya kat situ naik apa, kalau bas nombor berapa, underground kat mana, tambang berapa.

 

Day 1 

9.am -Bertolak dari Brussels ke London

– Naik taxi ke stesen
– Tambang 30 Euro
– Guna Thalys

9.20 -Brussel to London ( Guna Thalys )

11.30 – Reach London turun di St Pancras
– Beli Oyster Card + Simkad
–  Ambik underground turun di Victoria

12.00 -Hantar beg ke hotel dulu jalan kaki

12.45 -Jalan-kaki  ke Buckingham Palace

2.00– Ambik bas Hon On Hop Off round semua.
– Mesti cover London Eye,Big Ben, River Cruise

6.00 Balik hotel turun bas hop on hop off dekat Victoria
– Check in

 

Ni contoh aje masa saya travel ke London dulu. Dah tak berapa ingat sebab dah 2 tahun. Selain itinerary, saya memang da tulis dalam note book kalau nak pergi satu-satu tempat tu ambik underground kat mana, tambang berapa, kat mana nak kena berhenti tukar line ( macam kita naik LRT dari Ampang ke Bukit Jalil kena stop dekat Chan Sow Lin dan tukar platform).  Siap tulis kalau kena tukar underground, station no berapa sebab takut sesat dan masa terbuang. Tapi ada jugak yang tersesat. Dah sesat cerita lucu la jadinya he he.

 

Bila ada itinearary rancangan berjalan jadi lebih smooth. Satu lagi masa mula-mula sampai jejak kaki dekat London, immigration tanya kami ada itinerary tak? Hotel tempah kat mana, berapa hari . Bukan mereka nak tau sangat pun tapi mereka cuma nak pastikan kita ni betul-betul makan angin kalau kita bagi tau kita datang sebab nak jalan-jalan. Ada yang datang sebab nak bekerja atau sebab-sebab lain.

So begitulah kepentingan itinerary ye. Nak buat boleh tak buat pun ikut suka hati kita.

 

Dekat London dulu saya ambik Hotel Blair & Tudor Inn dekat Warwick Way .Dekat dengan stesen Victoria boleh jalan kaki ke mana-mana. Hotel lain pun berlambak kat situ.

Nak check hotel lain yang lebih murah dan kalau masih ada bilik check kat sini ye >> hotel murah di london

Jawab je dengan elok waktu di tanya dan tunjuk itinenary kita dan print booking slip hotel yang kita tempah siap-siap sorang satu supaya lepas laju kat immigration. Kalau dia tak tanya tak apa jalan je.

 

So kalu orang tanya perlu tak itinerary pada saya why not sebab percutian kita lebih terancang. Dalam terancang pun ada tempat yang kita kadang-kala terlepas maklumla kita kan baru sampai.

 

LIKE dan FOLLOW Adam Homestay di Facebook