Select Page

Anda inginkan kelainan dalam menikmati rasa cendol? Jom try Cendol Durian Shah Alam. Anda wajib berkunjung ke sebuah restoran cendol di Shah Alam yang viral dan popular di media sosial iaitu Restoran Rojak & Cendol Shah Alam.

 

Dari Adam Homestay Shah Alam Seksyen 7 ke Restoran Rojak & Cendol, Medan Selera Delima Seksyen 24 Shah Alam hanya mengambil masa 7 minit jea.

 

Restoran Cendol Durian Shah Alam ini terletak di Medan Selera Delima, Seksyen 24, Shah Alam. Pelanggan yang datang biasanya akan beratur lebih awal sebelum waktu operasi bermula pada pukul 6.00 petang.

 

Cendol Durian Shah Alam

Disebabkan pelanggan yang terlalu ramai. Ada yang terpaksa menunggu sehingga beberapa jam sebelum mendapat giliran. Ada pelanggan sanggup datang dari negeri-negeri lain semata-mata untuk cuba cendol terbaek ni! Bagi anda yang rasa tak sabar nak rasa cendol durian Shah Alam ni, apa kata book siap2 Adam Homestay Shah Alam Seksyen 7 sebab dekat sangat dengan Medan Selera Delima Seksyen 24 tu.

 

Cendol Durian Shah Alam

Ada pelbagai cendol aneka jenis yang anda boleh pilih terutama untuk ‘topping’. Cendol topping buah-buahan paling digemari pelanggan yang berkunjung ke sana.

Selain buah-buahan, topping koko krunch, cornflakes, coklat, biskut, mashmallow, jeli dan lain-lain pun ada.

Cendol Durian Shah Alam

Daripada banyak-banyak pilihan cendol yang ada, cendol durian lah yang paling digemari oleh pelanggan kerana unik dan rasanya yang manis di tambah pula dengan durian berlemak menambahkan lagi kesedapan. Terliur tak?

Cendol Durian Shah Alam

Harga cendol durian akan mengikut harga pasaran. Ada durian gred D24, D99, D101 dan lain-lain. Harganya antara RM10 – RM12 bergantung pada saiz mangkuk yang dipilih.

Rojak & Cendol Shah Alam

No. G2, Medan Selera Delima, Seksyen 24, Shah Alam

Waktu Operasi : 6.00 petang – 1.00 pagi (setiap hari kecuali ISNIN)

Facebook Page

https://www.facebook.com/rojakcendolshahalam