Tip Melancong : 5 Barang dilarang bawa masuk ke dalam pesawat
Kali ini saya akan share mengenai tip melancong 5 barang yang dilarang bawa masuk ke pesawat. Tidak kira nak melancong dalam atau luar negara, anda perlu pastikan tidak membawa barang larangan masuk ke dalam pesawat bersama-sama anda.
Sebelum ini saya ada share post berkenaan Tip Melancong 8 Barang yang wajib di bawa bersama-sama anda. Anda boleh baca artikel tersebut di link ini
–> http://adamhomestay.com/tip-melancong-8-barang-wajib-dibawa-bersama/
Jika tidak selepas anda terpaksa membuka bagasi dan membuang barangan yang dilarang tersebut.
Selain terpaksa membuka bagasi yang terkunci rapi, keadaan itu juga boleh membuatkan anda kelam-kabut dek terpaksa mengejar masa.
Biarpun anda sudah banyak kali menaiki kapal terbang ke mana-mana destinasi terutama ke luar negara, pasti ramai masih keliru dan tertanya-tanya apakah barangan yang dibawa atau dibeli boleh dibawa naik pesawat atau sebaliknya.
Justeru, jom semak tip melancong 5 senarai barangan yang dilarang dibawa bersama ketika menaiki pesawat.
1. Barangan tajam
Tip melancong yang pertama, Jangan bawa bersama anda dan diletakkan di dalam handbag terutama gunting kecil, mata pisau pencukur, pembuka botol, pemotong kuku dan apa saja barangan tajam boleh dibawa dengan alasan untuk kemudahan anda.
Walaupun saiznya kecil, ianya tetap tajam dan pasti boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang lain di dalam pesawat.
Namun, anda dibenarkan membawa barangan tajam ini jika melalui bagasi besar, bukannya beg tangan yang anda bimbit kerana dikhuatiri boleh dijadikan senjata.
2. Barangan cecair
Tip melancong yang kedua adalah barangan cecair. Cecair yang dilarang dibawa naik pesawat ialah jenis MINYAK dan cecair PEMETIK API.
Bagaimanapun, cecair yang tidak mendatangkan bahaya mestilah dimasukkan ke dalam satu bekas yang tidak melebihi 100ml dan perlu dibungkus di dalam plastik yang diikat ketat.
Cecair yang DIKECUALIKAN lebih daripada had yang dibenarkan seperti UBAT, MAKANA dan SUSU bayi boleh dibawa naik pesawat.
3. Alat penyembur
Tip melancong yang ketiga adalah Alat penyembur. Contoh seperti penyembur rambut, minyak wangi, racun serangga, penyembur lada, tin isian pemetik api dan semua jenis alat penyembur kerana ia mengandungi kandungan gas yang boleh menyebabkan kebakaran.
Bahan ini boleh meletup dengan mudah akibat suhu panas. Tetapi anda boleh membawanya melalui bagasi besar.
4. Peralatan sukan
Tip melancong yang keempat adalah adalah peralatan sukan. Tidak kira anda seorang atlet atau sebaliknya, apa saja barang peralatan sukan yang boleh dijadikan senjata dilarang dibawa ke dalam pesawat.
Walaupun peralatan sukan itu tumpul seperti kayu hoki atau raket tenis, anda tetap tidak dibenarkan untuk membawanya ke dalam pesawat kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada penumpang kerana saiznya besar.
Ia juga boleh mengganggu orang ramai ketika menyimpan barang di atas ruang penyimpanan.
5. Buah-buahan
Tip melancong yang keempat adalah adalah peralatan kelima adalah buah-buahan yang baunya kuat.
Keenakan buah-buahan tempatan memang tidak dapat disangkal lagi. Namun, seenak mana pun, ada antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat kerana dikhuatiri baunya boleh mengganggu ketenteraman penumpang.
Buah seperti durian yang terkenal dengan baunya yang kuat dan tajam boleh menyebabkan penumpang yang tidak tahan berasa mual, muntah dan mungkin pengsan.
Selain durian, buah kuini dan cempedak juga antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan dibawa naik pesawat.
Justeru, jika anda bercadang untuk menjadikan buah-buahan tempatan sebagai oleh-oleh pulang daripada bercuti, pastikan buah yang dibeli itu bukanlah buah yang dilarang dibawa naik pesawat.
Kredit: http://www.hmetro.com.my/node/47448#sthash.XphTceNu.dpuf
Can I carry by hand luggage a glass jar ?
kalau bawak pemetik api (lihgter) dengan mancis letak dalam lugage boleh tak? bukan bawak masuk dalam kabin