8 Tempat Menarik Sungai Petani
SUNGAI PETANI adalah bandar ke-2 terbesar di Kedah selepas Alor Setar.
Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek pelancongan yang ada di bandar ini.
Pelbagai tarikan baru di Bandaraya Sungai Petani mampu menggamit kedatangan pelancong tempatan dan luar ke negeri Jelapang Padi itu.
Lokasi popular seperti Pantai Merdeka, Lembah Bujang, Tanjung Dawai, The Carnivall antara destinasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Pembangunan pesat bandar Sungai Petani menyaksikan taman perumahan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Malah, penduduk dari luar Sungai Petani berhijrah ke sini untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor perindustrian di Bakar Arang dan Sungai Lalang.
Jika anda mahu mencari makanan, sebut apa saja, daripada Laksa, mihun sup, nasi kerabu, cucur udang, nasi kandar, mi rebus, ikan bakar, cendol, bihun sup dan nasi kampung yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bandar ini mempunyai lebih 10 restoran nasi kandar yang turut mendapat sambutan penduduk luar.
Berkunjung ke Tempat Menarik Sungai Petani tidak sah jika tidak mengunjungi jam besar di Jalan Ibrahim. Ia adalah mercu tanda bandar itu dan berdiri gagah selepas puluhan tahun untuk menyimpan segala sejarah suka duka bandar berkenaan.
Gabungan tempat bersejarah, pantai, perkampungan nelayan, sawah padi dan taman tema, menjadikan Sungai Petani adalah tempat yang perlu dikunjungi jika datang ke Kedah.
Di bawah saya senaraikan 8 Tempat Menarik Sungai Petani di sekitar Adam Homestay Sungai Petani untuk tatapan anda.
1. Pantai Merdeka
2. Taman Tema Air “The Carnivall”
3. Sungai Merbok
4. Tanjung Dawai
5. Lembah Bujang
6. Menara Jam Besar
7. Taman Jubli Perak
8. Rekreasi Tupah
1. TEMPAT MENARIK SUNGAI PETANI : PANTAI MERDEKA
Tempat menarik Sungai Petani yang pertama adalah Pantai Merdeka. Dari Adam Homestay Sungai Petani ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan.
Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani.
Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
2. TEMPAT MENARIK SUNGAI PETANI : TAMAN TEMA AIR “The Carnivall”
Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
3. TEMPAT MENARIK SUNGAI PETANI : SUNGAI MERBOK
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 3 adalah Sungai Merbok. Dari Adam Homestay Sungai Petani ke Sungai Merbok mengambil masa kira-kira 15 minit. Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini.
Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.
4. TEMPAT MENARIK SUNGAI PETANI : TANJUNG DAWAI
5. TEMPAT MENARIK SUNGAI PETANI ; LEMBAH BUJANG
Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
6. TEMPAT MENARIK SUNGAI PETANI: MENARA JAM BESAR
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 6 adalah Jam Besar. Dari Adam Homestay Sungai Petani ke jam besar terletak di Pusat Bandar mengambil masa 5 minit. Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.
7. TEMPAT MENARIK SUNGAI PETANI : TAMAN JUBLI PERAK
Tempat menarik di Sungai Petani Kedah yang ke 7 adalah Taman Jubli Perak. Dari Adam Homestay Sungai Petani ke Taman Jubli Perak mengambil masa 5 minit. Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu. –
8. TEMPAT MENARIK SUNGAI PETANI : REKREASI TUPAH