Nikmati Kesedapan Roti ‘Legend’ Resepi 80 Tahun Dahulu Hanya Di Johor Bahru

 

Ketika kedai-kedai makanan western sedang pesat membangun di bumi Malaysia, kemunculan kopi-kopi hipster pula bagaikan cendawan tumbuh. Namun, masih ada yang mahu mempertahankan resepi asli dan tradisional. langsung tidak terpengaruh dan tenggelam dalam kemodenan.

Buat pencinta makanan, jika anda ingin cuba bagaimanakah rasanya roti yang dimasak dengan cara orang dulu-dulu, anda boleh datang ke Salahuddin Bekery di Johor. Inilah kedai roti tertua yang ada di Johor, dan yang paling menarik adalah mereka masih mengekalkan resepi yang diwarisi sejak 80 tahun dahulu. Betul-betul padu!

 

Terletak di No 26, Jalan Dhoby, Johor Bahru, Salahuddin Bakery sudah beroperasi sejak tahun 1937 lagi. Iaitu sekitar 80 tahun dahulu, fakta yang paling unik adalah kedai ini sudah dibuka sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi. Memang lama sungguh, waktu ini kami rasa anda pun masih belum lahir lagi.

Sekarang, kedai ini diwarisi oleh cucunya. Menurut pemilik kedai, meskipun zaman sudah berubah dimana teknologi masakan juga sudah canggih, namun mereka tetap memilih untuk memasak dengan cara tradisional iaitu dengan menggunakan dapur kayu. Ini adalah demi memastikan aroma dan rasa roti yang dihidangkan sama seperti dahulu.

Proses pembuatan roti akan dilakukan bermula pada pukul 10 malam di mana kayu-kayu akan dibakar terlebih dahulu, pada pukul 12 malam pula barulah proses menguli roti dibuat. Ianya akan berlanjutan sehingga waktu subuh, ini adalah untuk memastikan kesegaran roti dapat dikekalkan.

 

Selain daripada roti dan kek, anda juga boleh mencuba karipap kambing. Ini antara menu yang patut anda cuba jika datang ke sini. Kedai roti ini akan beroperasi setiap hari kecuali pada hari jumaat sahaja. Waktu operasi adalah bermula pada pukul 9 pagi hingga 7.30 malam.

 

Kredit : www.thevocket.com

Leave a Reply