Select Page

Percutian Di Pantai Merdeka Kedah

Assalamualaikum salam sejahtera…

Ok, harini admin nak cerita pasal aktiviti hujung minggu di Pantai Merdeka Kedah. Alhamdulillah, admin memang lahir di Kedah, jadi dah beberapa kali admin berpeluang menjejakkan kaki ke Pantai Merdeka dan ke Tanjung Dawai dair kecik sampai besar.

Sedikit pengenalan mengenai Pantai Merdeka, pantai yang terletak di negeri Kedah di Daerah Kuala Muda Kedah. Dari pantai ini, anda boleh melihat pemandangan indah Gunung Jerai dengan jelas, pengunjung juga boleh melihat Tanjung Dawai yang terletak di Utara Muara Sg. Merbok.

 

Pantai Merdeka Kedah terkenal sebagai pantai peranginan dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan PerakKemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, pondok, surau, tandas, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.

 

Berhampiran dengan pantai merdeka Kedah terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung DawaiTelok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.

 

Apa yang menarik dekat Pantai Merdeka Kedah ni? Well basically kat sini ada pantai, laut bagi admin itu dah cukup best. Lepastu kat sini ada orang jual2 di sepanjang pantai macam laksa, rojak, aiskrim, barang mainan dan macam-macam…

pantai merdeka

kredit : https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com

Dan yang paling bestt adalah dapat makan kat Pantai Merdeka ni. Pheww memang susah sikit nak tolak bab2 makan2 ni.  ABC, laksa dan rojak buah. Semuanya memang superb sedapp dan sangat kenyang. Harga pun sangat murah bagi admin.
pantai merdeka
Lepas dah makan, terus pergi naik bot dekat depan sikit dari tempat makan tadi ke Tanjung Dawai. Kalau dari Pantai Merdeka nak ke Tanjung Dawai tak lama sangat dalam 10 minit naik bot gitu.
Best naik bot walaupun admin macam masih trauma naik bot di Pulau Sayak alkisah daripada ombak kuat waktu kali terakhir beberapa tahun lepas, huhu syukur alhamdulillah nasib baik sema ok…

 

pantai merdeka
kredit : https://c1.staticflickr.com/5/4038/4496361839_3736d868d7_z.jpg

 

 

pantai merdeka
kredit : http://static.panoramio.com/photos/large/29669860.jpg

——————————————————————————

Ps : Anda perlukan homestay di bandar Sungai Petani? Kami menyediakan penginapan homestay yang lengkap, bersih dekat dengan pantai merdeka. Boleh Whatsapp admin di +6018-775 1456