Tempat Makan Best Di Kuantan : Kedai Makan Brader Bob Char Kuey Teow (CKT)

tempat makan best di kuantan

Salah satu Tempat Makan Best Di Kuantan yang saya petik dari Harian Metro adalah Kedai Makan Brader Bob Char Kuey Teow (CKT) di Kuantan, Pahang menyediakan hidangan yang mempunyai perkataan ‘special’ bilangan udang boleh mencecah sehingga lapan ekor dan harga di CKT hanya RM4.50 saja.

Tempat Makan Best Di Kuantan ini Kedai Makan Brader Bob Char Kuey Teow (CKT) terletak di Jalan Alor Akar, Kuantan. Dekat sahaja dengan Adam Homestay Kuantan. Anda boleh menginap di sini ya.

 

tempat makan best di kuantan

Penyediaan Char Kuey Teow amat mudah kerana ia mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan.

“Bagi mengekalkan keaslian Char Kuey Teow dengan slogan ‘perghh sempoi’, keluarga di Pulau Pinang akan membuat penghantaran rempah ratus dan pes char kuetiau setiap dua minggu kerana abang saya juga mengusahakan perniagaan yang sama,” katanya.

“Selain itu, Tempat Makan Best Di Kuantan ini juga menyajikan hidangan nasi goreng brader bob yang menggunakan resipi asli keluarga dengan slogan ‘Penang Mai’.

Kedai Makan Brader Bob Char Kuey Teow (CKT) Hidangan dalam beberapa variasi itu mempunyai nama agak unik antaranya

+ nasi goreng ke laut,

+ nasi goreng udang banjir special,

+ nasi goreng minang, nasi goreng drumstick,

+ nasi goreng korek,

+ nasi goreng kambing special dan

+ nasi goreng udang special,” katanya.

tempat makan best di kuantan

Nasi goreng korek mendapat nama kerana pelanggan perlu ‘mengorek’ atau ‘menyelak’ nasi dalam periuk tanah liat (claypot) untuk mencari potongan ayam, sotong dan udang.

“Himpunan udang goreng dalam kuantiti antara enam hingga lapan ekor pula menutupi nasi goreng udang banjir untuk menarik perhatian pelanggan,” katanya.

Kedai itu juga menyediakan hidangan set nasi putih bawal goreng panas berharga RM7.50.

Set itu dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti kacang botor, timun dan ulam raja dicicah sambal belacan.

“Bawal hanya digoreng apabila dipesan pelanggan.

“Ada pelanggan gemar ikan bawal garam kunyit yang digoreng separuh masak dan garing,” katanya.

Menggunakan slogan ‘when u taste a difference’, katanya ia sebahagian strategi pemasaran untuk menarik lebih ramai pelanggan menikmati sajian itu.

“Pelanggan teruja nak tahu apa istimewanya set ini dan apabila mereka makan, ternyata kuah kari kosong itu membawa ‘watak utama’ dalam memenuhi selera mereka,” katanya.

Mohd Raslan yang dibantu isteri, Suhaily Mastura Abd Molok, 40, berkata antara 26 hingga 30 kilogram ikan bawal bersaiz sederhana diperlukan setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Tempat Makan Best Di Kuantan ini dibuka mulai jam 5 petang sehingga 12 malam dan tutup setiap Isnin.

Apa lagi jom serbu…

 

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/57157#sthash.xGeGMJQ9.dpuf