Sejak akhir-akhir ini semakin ramai rakyat negara ini yang gemar melancong sama ada di dalam atau di luar negara.
Oleh kerana cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi, pasti ramai yang sedang merancang untuk bercuti lagi.
Kami ingin kongsikan 8 barang wajib dibawa ketika melancong yang di petik dari Harian Metro :
1. Powerbank
Sangat penting terutamanya untuk anda mengecas bateri telefon bimbit anda. Lebih besar kapasiti powerbank anda, ia lebih bagus. Anda tidak perlu risau bateri habis dan terlepas peluang untuk bergambar di tempat-tempat menarik ketika melancong. Bagusnya powerbank ini adalah kerana saiznya yang kecil dan tidak berat.
2. Kamera digital
Lebih anda bawa kamera digital jika mahukan gambar yang ditangkap lebih berkualiti. Ia adalah satu pilihan sahaja, jika telefon bimbit anda mempunyai perisian foto yang sudah cukup baikberkualiti maka kamera digital tidak perlu dibawa lagi.
3. Long john atau heattech
Kalau anda mahu melancong pada musim sejuk atau di tempat yang mempunyai suhu dingin, long john adalah satu kemestian. Ia dipakai dalam bahagian baju untuk memerangkap haba.
Ia lebih mudah daripada anda membawa baju panas atau kot tebal (kecuali jika tempat yang anda pergi betul-betul sejuk).
4. Travel cooker
Sangat penting jika anda seorang yang suka makan dan memudahkan jika anda melancong di negara yang sukar mendapatkan makanan halal (bagi Muslim).
Dengan alat ini, anda boleh masak nasi dan mi segera, merebus, buat sup atau lauk yang ringkas. Paling penting, dapatlah jimatkan wang belanja untuk makan ya.
5. Alat pertolongan cemas
Bawa alat pertolongan cemas yang asas saja. Pastikan ada atleast :
+ plaster
+ minyak angin
+ ubatan asas seperti untuk demam, cirit-birit, sakit kepala, gastrik, tahan muntah
+ Bawa juga pemyembur untuk mengatasi masalah kaki terseliuh.
6. Tisu basah
Walaupun nampak macam tak perlu, sebenarnya ia sangat penting kerana tisu basah memudahkan urusan anda ke tandas atau untuk membersihkan muka. Bahkan untuk mengelap permukaan kotor, tisu basah sangat membantu terutama jika anda mempunyai anak kecil.
7. Travel adapter & Extension Plug
Bukan semua plug sama seperti di Malaysia. Jadi, jika melancong ke luar negara alat penyesuaian ini sangat diperlukan untuk memudahkan anda menggunakan plug.
Extension plug pula selalu saya wajib bawa ke mana-mana. Sebabnya, bila kita duduk di hotel, satu bilik cuma ada sikit je plug. Memandangkan kita ni bawa banyak barang seperti handphone, tablet, laptop dan kamera dan lain-lain, maka pentinglah extension plug ni.
8.Toiletries
Yang ni, anda juga wajib bawa seperti Berus gigi, pencuci muka dan pelembap muka. Syampoo, shower foam dan ubat gigi kebiasaannya sudah disediakan di hotel. Melainkan anda menginap di Homestay, anda perlu bawa syampoo & shower foam kerana kebanyakan homestay tidak sediakan toiletries ini.
sumber : Harian Metro