Tip Melancong

gambar sumber http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town

Tip Melancong: Cari masa yang sesuai bercuti bersama keluarga anda

Anda apa khabar? Terlalu sibuk dengan kerja di pejabat? Dek terlalu sibuk dengan kerjaya, ada kalanya cuti sekolah anak berlalu begitu saja tanpa keseronokan bercuti di mana-mana.

Anda boleh baca artikel-artikel mengenai Tip Melancong di post-post saya sebelum ini

–> http://adamhomestay.com/tip-melancong/

–> http://adamhomestay.com/tip-melancong-8-barang-wajib-dibawa-bersama/

Justeru, bagi anda yang berkerjaya dan susah mendapat cuti terutama ketika musim cuti sekolah, perlu bijak membuat perancangan yang teiliti agar dapat memanfaatkan waktu bercuti bersama keluarga tersayang.

Apa kata anda semak tip melancong ini. Selamat mencuba!

Bekerja sambil bercuti

Saat anda perlu outstation atas urusan kerja, apa kata anda mengambil peluang ini membawa pasangan dan anak bersama.

Ketika bekerja, lakukan sebaiknya. Apabila di luar jam kerja, habiskan masa bersama keluarga dan menikmati keindahan destinasi yang dikunjungi.

Kelebihannya, anda mungkin tinggal di hotel yang bagus. Jadi, apa yang anda perlu fikirkan hanyalah biaya tambahan untuk tiket flight dan perbelanjaan sepanjang di destinasi.

Bercuti sambil bekerja

 

Sebagai pekerja, kita semua memiliki tempoh cuti tahunan yang diperuntukan setiap tahun. Namun, tidak ramai cenderung mengambil cuti dalam tempoh yang panjang sekali gus.

Justeru, jika anda tidak punya banyak masa terluang untuk keluarga, apa kata anda mengambil cuti dalam tempoh yang panjang dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

Ia pasti menggembirakan anda sekeluarga terutama anak-anak yang masih kecil yang memerlukan perhatian lebih dari anda.

Bercuti sebelum memulakan tugas di tempat baru

Apabila mendapat pekerjaan baru atau mahu berhenti kerja, biasanya notis berhenti perlu di hantar atau berkuat kuasa sebulan selepas notis dihantar.

Justeru, manfaatkan cuti tahunan yang berbaki di syarikat lama untuk pergi bercuti. Anda juga mungkin boleh memilih untuk lewat memulakan tugas di syarikat lama.

Jadi, dalam tempoh itu, rancanglah percutian anda sebaik mungkin dan manfaatkan masa yang ada bersama anak. Siapa tahu, di tempat baru nanti anda susah mengambil cuti.

Bercuti dalam masa yang lama

Selain cuti tahunan, sesebuah syarikat besar biasanya memperuntukkan cuti khusus buat pekerja­nya. Cuti khusus atau khas itu boleh diambil jika pegawai itu bekerja selama beberapa tahun di syarikat tersebut.

Oleh itu, ketahui mengenai cuti besar ini dan rancang percutian bersama keluarga yang panjang. Sebelum anak beranjak dewasa, mungkin ini satu-satunya kesempatan untuk bercuti bersama anak anda.

Jika anda tidak ingin menyesal, sebaiknya anda rancang sebaiknya percutian anda.

Anda juga dapat kembali ke kehidupan normal selepas kembali dari bercuti nanti.

sumber : http://www.hmetro.com.my/node/40969